Rabu, 12 Disember 2012

Koyak Buku

Hye olls

aku pernah dengar orang cakap
kalau kita ajar anak dari baby suke buku
maka anak tak kan koyakkan buku
betul ke?

aku bab-bab nak bagi anak pandai cemerlang gemilang dan terbilang ni
kan memang la aku akan buat
ye, aku belikan anak aku buku seawal die belum lahir lagi
sebulan aku da bagi die tengok buku
bagi tengok colour la abc la numbers la dalam buku tu
aku beli buku keras tu la kan.
ade jugak aku beli buku biasa dengan harapan
owh aku da ajar anak aku suke buku seawal  sebulan ni
mesti takkan koyak buku...hehe

sejak-sejak die da 6 7 8 bulan ni kan...
he ko tau die buat ape?
yes, koyak buku..

Selasa, 6 November 2012

persediaan

hye...

persediaan apenye??
minggu ni aku tak ikut hubby balik kampung die.
busy menjahit lah kononye.(yeke)
ni harap-harap la dapat satelkan jahitan-jahitanku yang pending.
aku pulak suruh hubby bawak Iqram sekali (owh..boleh..)
tu yang nak prepare. prepare untuk buat jadual harian iqram.
takut hubby aku tak boleh handle..(hah ko, macam la ko teror sangat kan menjaga anak)

Jadual Harian Iqram

7.00am
bagun tidur (takpe iqram bagun tidur boleh sengih-sengih main sorang), jadi ko boleh tengok-tengokkan die je, tak payah nak layan die sangat pun tak pe.mase ni boleh la kalau nak mandi ke nak basuh botol ke ape kan ataupun ko nak fecebook

9.00am
bagi susu 180ml (macam biasa). kalau die tertidur biar die tidur jap.
tapi kalau die tak tidur balik layankan iqram kejap sendawakan ke ape kan pastu pergi sediakan air dalam besin untuk mandi.kalau cuaca sejuk tolong add hot water sikit.

10.00am
boleh mandikan iqram..masukkan mainan die dalam besin supaya iqram boleh main dan sementara tu sabunkan n gosok-gosok badan die.sikit-sikit je, die bukan main tanah pun lagi.........weeee
bilaskan iqram di sinki ye, sebab air dalam besin tadi tu da bersabun...pastu lap badan, urut badan iqram dengan lotion baby jonshon. sapu minyak yuyi n pakaikan baju..biar die main n nanti die akan tidur sendiri.
sementara iqram tidur tu bolehlah buatkan makanan die.ni nanti aku bagi resipi nak makan ape k. hehehehe

12.00am
biasa iqram akan bangun lebih awal,,,hahahahaa
mase ni da bolehlah bagi iqram mamam..nyumnyum.
layankan iqram main sat pastu after 45minit boleh la bagi susu lagi.(jangan lupe sendawakan)

1.30pm (lebih kurang)
iqram akan tidur balik.kalau nak die tidur lama masukkan dalam buaian.

3.00pm
waktu ni bagi susu (kalau die nak) dan layankan die main jela..masukkan dalam walker ke, biar die meniarap n main sendiri ke. ok law masukkan dalam walker jangan lebih 20minit.

4.00pm
boleh bagi iqram mamam puree buah.sikit je

5.00pm
dah boleh sediakan air mandian iqram, mandikan dan bagi makan.
biasanya iqram akan tidur sendiri selepas mandi.. law die tak tidur boleh lah bawak iqram jalan-jalan kat luar. bagi die tengok pokok, bunga, kucing, ayam atau ape-ape jelah...

8.00pm
susukan.
bacakan buku, dia akan tidur biasanya dalam pukul 9.00pm atau 10.00pm atau 11, 12, ......
ikut mood dia la.hehe
nak tidurkan silalah tutup lampu, slowkan tv n bagi lah susu.die akan tidur sambil menyusu.pok-pok sikit...

hehe....
begitulah rutin harian aku kalau mengasuh iqram
wiken jela pun......
ni resepi yang aku da gugel kat internet...woha.gugel jek

 Bubur kentang with kismis
3/4 cup of beras (beras direndam semalaman so tommorow morning boleh terus basuh and ramas bagi hancur sikit, so memang cepat masak)
1/2 biji kentang kecil
21 biji kismis (very good for brain)
air secukupnya


atau ini


Bubur Lobak Merah & Kobis Bunga




25g lobak merah, 25g kobis bunga, 150ml air, 50ml susu, 20g bubur nasi
Cara:
1.Rebus lobak merah dan kobis bunga dalam periuk hingga empuk dan kemudian lenyekkan.
2.Kemudian, gaulkan sayuran lenyek tadi dengan air suam serta susu.
3.Boleh dimakan bersama bubur nasi seperti lauk atau digaul terus dengan bubur nasi.

atau tak nak nasi boleh cuba ini

 Banana Puding
  •  2 sudu teh rolled/instant oat
  • pisang separuh je guna (make sure guna pisang yg manis seperti pisang emas dibawak belayar/pisang montel comel ko memang tembam and pisag cavendish natang hape tah)
cara buat..
  • lecekkan pisang
  • susu fm bancuh dengan air panas dan masukkan dalam oat smpai agak pekat..
  • then campurkan pisang lecek tadi.
  • siap utk dikukus 5minit jews.