Rabu, 15 Julai 2015

ESOK DAH RAYA

esok dah raya tapi aku masih kat office.
kalau nak ikutkan hati rasa taknak balik raya. tapi hari raya ni bukan pasal aku sorang je. iqram, mak, abah dan adik beradik semua pun nak raya bersama. bukan pasal aku sorang. so tak boleh la nak pentingkan diri sendiri je. lagipun hari raya kan ada banyak makanan. boleh makan sedap banyak-banyak. hurmmmm

Ahad, 5 Julai 2015

RAMADAN 19

kenapa la aku rasa ramadan tahun ni cepat sangat berlalu.
nak pergi solat terawih pun tak pegi-pegi. dah 19 ramadan hari ni
kerja kat opis makin bertambah sebab opismate cuti bersalin
jadi kejutan budaya pulak aku kerja banyak. haha
baju raya yang kawan aku tempah ada selai jubah dan selai baju melayu tak jahit lagi.
bukan banyak tido je kita rasa masa cepat berlalu. 
sibuk pun akan buat kita rasa masa cepat berlalu.
bila teringat hari raya lagi la. baju iqram pun aku tak beli, baju aku lagi la...kuih kuih raya lagi la memang takde. tapi tahun ni kat opis macam tak ramai je yang jual kuih raya, boleh kata memang takde la. tak macam tahun-tahun lepas. 
cuti raya pun aku takde sebab tanggung kerja. ok jugak, ada alasan balik johor awal. hihi
malas nak mengadap sedara mara. nanti tanya macam-macam. tak kan nak kurung diri dalam bilik je.
stress pulak bila mengenangkan hari raya. huhuhuuhuhu
hurm.....

Selasa, 2 Jun 2015

BACK TO SCHOOL

Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Guru Peringkat JPNJ Bil.5/2015
Tema: Back To School
Tarikh : 28hb Mei 2015
ahli koir SKPP, kalau tak memang tak la aku nak pakai baju sekolah.









nasib baik aku ada converse itam. tak kuasa nk beli-beli kasut itam

tengah tu Encik Nasir. yang ajar koir merangkap ex opismate aku dulu.

masa sekolah dulu takde la gemuk macamni

dalam lif ni


bile makcik-makcik pakai baju sekolah. macamni la. haha
ramai yang komen aku macam budak nakal. hahahha. memang pun. nakal gile kot, sebab tu bangang.haha

balik perhimpunan je aku terus demam. tu yang sampai tak pergi family day taska iqram.

Isnin, 1 Jun 2015

FAMILY DAY TASKA PERMATA KEMAS

kalau nak ikutkan hati aku sebenarnya memang tak de semangat langsung nak pergi family day taska iqram kat Bayu Balau Beach Resort. tapi disebabkan iqram tu, aku rasa kesian jugak, tak pernah die dapat nak bercuti ke berjalan ke. so aku buat keputusan nak pergi jugak. lagipun bila fikirkan aktiviti yang aku nak cukupkan kat taska tu adalah lebih baik aku join. kalau tak kang tak masal aku kene cuti nk cukupkan kredit aktiviti kat taska.

takde apa yang nak prepare sangat pun. pergi 29hb mei (jumaat petang tu) bermalam then esoknye balik. petang 29hb sukaneka, malam dinner, esok pagi aktiviti bebas. cuma ibu bapa kena bawak potluck untuk petang jumaat tu dan 2 biji hadiah. satu untuk lucky draw n satu lagi untuk exchange dengan parents lain. hadiah aku beli jam dinding kat mydin je. potluck pulak aku ingat nak buat dadih.

disebabkan hari sebelumnya tu aku demam, so aku minta papa iqram tukar tempat dengan aku. aku minta die join family day tu sebab aku memang tak larat sangat. dadih pun aku tak buat. die pun okey je. takde bantahan. bagus. lagipun bila lagi nak spend time dengan iqram kan. sebelum nak pergi, bukan main melalak lagi. tak sampai hati tengok. siap nak bukak pintu kereta. risau jugak aku.

comel kan. menangis pegang patung otromen...hihi

siap nak buka pintu kereta
rupanya sekejap je nangis. sepajang jalan die tidur jek. dah sampai resort terus lupe maknya.

iqram dah kat bilik

aktiviti petang tu sukaneka. aku tak sangka betul iqram masuk sukaneka. siap dapat no.2 lagi. biasa kalau dengan aku memang die nak berkepit je. nak dukung je. aku takde boleh pulak ye berdikari. 




acara bawa bola ping pong dalam sudu ni iqram dapat no .2 taw. untuk budak 3 tahun

lari dalam guni. sebut sukaneka je mesti ada acara ni. wajib sangat kan.

kutip gula-gula


tiup belon sampai pecah

jalan king kong

aktiviti malam pulak dinner dan penyampaian hadiah. gambar-gambar ni semua aku ambil dari wasap group taska je. hihi.

terus macamni rambut die dok dengan papa









esok pagi nye mandi kolam........dan balik. tata

Selasa, 19 Mei 2015

PINDAH

sekejap je rasa masa berlalu. ni dah nak masuk penghujung bulan may 2015. bulan ni aku pindah kuarters. alhamdulillah, sikit-sikit dapat kurangkan kos perbelanjaan aku. save lagi duit minyak sebab tempat kerja dekat je. jalan pun boleh. cumanya nak kene hantar iqram ke taska yang buat ulang alik.
yuran taska pun dapat kurang bermula tahun ni. harapnya aku dapat mengurus perbelanjaan aku dengan lebih berhemah bermula tahun ni...hahahha

aku kongsikan sikit gambar rumah lama yang dekat gelang patah tu. untuk tatapan aku sendiri je.













macanmi la aku kena tinggalkan rumah lama. bersih tanpa sebarang sampah dan kerosakan. ada lah rosak tombol pintu belakang. sebab masa tu aku tengah basuh baju kat tempat yang kononnya laundry tu. iqram pulak tutup pintu dari dalam dan terkunci. masa tu die baru umur 2 tahun. bukan reti nak bukak balik pun. so terpaksa kopakkn pintu tu. tombol tu aku dah betulkan sebelum keluar rumah. tak cas. yang aku kene bayar balik sebab cat dinding yang iqram dah conteng-conteng die cas 70% dengan tebuk lubang rm50. total tu die kira rm280 macamtu la.  baru-baru ni opis prisma call lagi tanya cukai IWP (Indah Water...P aku tak tau ape) aku tak bayar. tolak lagi deposit. ntah berapa jela aku dapat balik deposit tu kan. lantak la. yang penting aku dah tak duduk situ lagi.

macam nak mati jugak lah aku nak pindah kali ni. aku sorang-sorang. semua aku kena uruskan sendiri. nasib baiklah ada jugak kawan-kawan yang sudi hulurkan bantuan. dah la rumah lama kena tinggalkan bersih. masuk kuarters pulak, makkk,,,,kotor nya. dieorang tinggalkan macamtu je. barang-barang yang die taknak die tinggalkan je, patut buang lah siap-siap. hurm...tu aku malas la nak cerita. dengan bekalan elektik takde lagi sebab surat lambat. tapi takpe lah. semua dah selesai pun. alhamdulillah.

tapi aku macam tak berapa selesa kat kuarters. aku rasa tak seronok. ntah, mungkin aku tak biasa lagi. dengan rumah macamtu dan dengan persekitaran situ. nanti lama-lama okey lah. mungkin jugak aku rindukan rumah lama aku. kenangan-kenangan kat situ. kiranya kat semua tempat dalam gambar tu aku pernah nagis kat situ. hahaha. rumah yang menyimpan segala rasa. gembira, bahagia, seronok, sedih, kecewa, geram. semua rasa lah.